Pernah cukur kening, Noorkhiriah kesal perbuatan zaman jahil

Siapa tidak mengenali pelakon hebat, Noorkhiriah yang cukup terkenal dengan lakonan padunya yang sering meninggalkan kesan dalam hati penonton.

Malah, pelakon berusia 39 tahun itu telah melakukan perubahan pada penampilan sejak beberapa tahun lalu apabila mengambil keputusan untuk mengenakan hijab.

Baru-baru ini, dia ada memuat naik beberapa video di Instagram berkenaan dengan menjawab soalan yang diajukan oleh seorang peminatnya mengenai keningnya sama ada pernah bercukur ataupun tidak.

Jawapan kena jujur & jujurnya sy tk marah..mmg pattern ckp camni..????????????

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

Pelakon drama Nur itu mengakui dia mencukur keningnya namun sewaktu masih jahil tentang agama dan kini sudah tidak melakukannya lagi.

Tambahnya, bulu kening yang pernah dicukur suatu ketika dulu sudah tidak ditumbuh serta turut mengakui berasa kesal atas perbuatannya yang dulu.

Samalah kita kak

Berikutan itu, ramai pengikutnya telah memenuhi ruangan komen pada posting tersebut dengan mengatakan mereka juga berada di tempat yang sama kerana pernah mencukur kening ketika majlis resepsi kahwin.

Lawak part last tu

Malah ada juga di antara mereka lebih terhibur telatah pelakon tersebut pada minit terakhir yang menunjukkan beliau amat menyesal atas perbuatannya.

Video :

 

Sumber : Noor Khiriah

Apa Komen Sis