Senarai 7 Artis Wanita Malaysia Yang Layak Digelar ‘Beauty With Brain’!……….

Ramai beranggapan mereka yang bergelar selebriti tidak mempunyai taraf pendidikan tinggi. Ada juga yang menganggap nak jadi selebriti tak perlu belajar tinggi-tinggi.

Cukup dengan hanya wajah cantik dah boleh jadi popular dan bergelar selebriti. Tapi siapa cakap selebriti Malaysia tak pentingkan pelajaran? Boleh dikatakan ramai selebriti tempatan mempunyai pendidikan yang baik.

Tapi apa yang kami nak kongsikan kali ini ialah senarai selebriti Malaysia yang layak digelar ‘Beauty With Brain’.

1. Yuna

Berjaya menempa nama di Amerika Syarikat, penyanyi Yuna atau Yunalis Zarai antara kebanggaan rakyat Malaysia. Siapa sangka, pengantin baru ini sebenarnya memegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Hons.)

2. Lisa Surihani

Pelakon cantik ini juga sememangnya seorang yang bijak. Lisa berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom.

3. Juliana Evans

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Sunway University College. Minatnya yang mendalam dalam insdustri hiburan membuatkan Juliana mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Film, Video & Media Studies di Western Michigan University.

4. Neelofa

Rasanya ramai yang tahu pelakon dan pengacara cantik ini sememangnya seorang pelajar pintar. Mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, Neelofa melanjutkan pelajaran dalam juruan perniagaan di Sunway University College.

5. Dr. Soo Wincci

Ratu Cantik Malaysia 2008 ini sememangnya layak digelar ‘Beauty With Brain’. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perundangan dari University of Reading, UK dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari University of Sunshine Coast. So Wincci kini bergelar Doktor selepas tamat Ijazah PhD dua tahun lalu.

6. Heliza Hilmi

Orangnya kecil molek dan memiliki wajah yang comel, ramai yang tidak sangka bekas peserta Akademi Fantasia ini seorang yang tidak gentar untuk berjihad. Pasti ramai yang tak tahu Heliza berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pendidikan (Biologi & Kimia) dari UMS.

7. Fathia Latiff

Sebelum ini berpeluang untuk menemubual bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, siapa sangka gadis ini pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

Sumber : rotikaya