Wahai Wanita, Tolong Jangan Ikuti Fesyen Dandanan yang Haram ini

Wahai Wanita, tolong jangan ikuti fesyen dandanan yang haram ini kerana bukan semua dandanan dan hiasan untuk suami itu halal. Terdapat juga teknik atau fesyen dandanan yang haram dan bertentangan dengan Islam.

Contohnya, apabila ia mengikuti gaya berpakaian wanita kafir yang tidak pernah solat, wudhu, dan tidak menjalankan hukum syariat.

Wanita Muslimah yang menghormati dirinya sendiri pasti takkan benarkan dirinya menyerupai wanita-wanita kafir dan fasik. Pastinya, dia akan konsisten menjaga agama dan dirinya yang telah dimuliakan oleh Islam. Wajah wanita Muslimah akan kelihatan bersinar dengan air wuduk yang digunakannya untuk beribadah. Oleh yang demikian, dia akan memilih dandanan dengan hiasan yang dibolehkan dan sesuai dengan bentuk tubuhnya sebagai seorang muslimah.

6 Fesyen Dandanan yang Haram Tetapi Ramai Masih Suka Buat :

 

Pertama : Berlebihan dalam berhias dengan menghabiskan masa yang cukup lama dan wang yang tidak sedikit untuk mencari kosmetik, pakaian, serta ornamen hiasan terbaru yang dilancarkan ke pasaran.

“Sesungguhnya, pembaziran itu adalah saudar syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya,” (QS. Al-Israa ayat 27).

Kedua : Meluangkan terlalu banyak masa di depan cermin guna bersolek dengan dengan pelbagai alatan kosmetik. Segala yang menunjukkan ianya berlebihan dan melampaui batas, dianggap menjadi perkara yang negatif.

Ketiga : Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang membuat tatu dan meminta ditatu, yang mencabut bulu kening dan meminta dicabut, yang merenggangkan gigi dan memperindahnya, serta wanita-wanita yang mengubah ciptaan Allah.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).

Keempat : Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyambung rambut dan meminta disambungkan rambutnya.” (HR. Al-Jami ‘ash-Shaghir).

Kelima : Rasulullah SAW bersabda, “Allah melaknat wanita yang menyerupai lelaki.” (HR. Al-Jami ash-Shaghir).

BACA  Selalu Sakit Tumit Kaki? Cuba Amalkan DOA dan Petua Ini. InsyaAllah Membantu

Keenam : Rasulullah SAW bersabda, “Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki lain, dan wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain,” (HR. Muslim).

Sebagai kesimpulan, berpakaian secara berlebihan akan membuatmu alpa dan seterusnya melanggar peraturan-peraturan Allah. Oleh itu, ikutilah perintah Allah dan sentiasalah berdoa supaya hati tetap istiqamah di jalan-Nya. Semoga Allah menjadikan diri kita wanita muslimah yang sempurna dan tidak mengamalkan fesyen dandanan yang haram di sisi-Nya.

SUMBER – MXH

Apa Komen Sis