5 Tanda Anak Sudah Mula Jadi Raja Kepada Ibu Bapa

Penulisan ini ditulis Dr. Taufiq Razif di laman Facebook beliau dan pihak iluminasi mendapat kebenaran untuk mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama. Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakannya. Namun, mendidik anak bukanlah sesuatu yang senang, lebih-lebih lagi anak sulung. Ibu bapa seperti tidak tahu untuk melakukan apa-apa, serba tak jadi.

Ditambah pula dengan anak-anak zaman kini dilahirkan dalam suasana yang serba canggih, cabaran menjadi ibu bapa semakin bertambah sehinggakan ibu bapa dikawal oleh anak-anak tanpa disedari. 

Walau apa sekalipun, ibu bapa perlu lebih bersabar dan matang dalam mendidik anak-anak. iluminasi.com ingin berkongsi penulisan saudara mengenai 5 tanda-tanda anak-anak sudah mula menjadi raja kepada ibu bapanya.

1. Ibu bapa mula jadi terlalu melindungi (over-protective)

Anaknya tak boleh disentuh dan tak mahu susahkan anak langsung. Sifat melindungi ni bagus kerana itu memang fitrah ibu bapa yang Tuhan. Tetapi jika sudah melampau sangat tu namanya Helicopter Parenting.

Anak yang datang daripada Helicopter Parents ini biasanya akan menjadi manja terlampau, tak pandai berdikari dan mudah mengalami masalah cemas (anxiety) apabila sudah dewasa nanti.

2. Ibu bapa tak pernah cakap “tak boleh” pada anak

Semua benda ibu bapa terpaksa tunaikan kerana anak meragam tak berhenti apabila permintaan tak ditunaikan. Padahal sifat meragam itu muncul sebab anak sudah tahu apabila meragam sahaja, ibu bapa akan kalah dan tunaikan permintaannya.

3. Ibu bapa bagi je semua makanan yang anak minta

Ibu bapa sudah tak boleh bezakan antara real food dan jajan. Semua makanan yang tak sihat mula memenuhi peti ais rumah masing-masing kerana ibu bapa tak mampu tolak kemahuan anak-anak.

Padahal jajan itu penuh dengan kalori tetapi kosong nutrisi 

4. Ibu bapa tak boleh dengar anak menangis

Ibu bapa menjadi gelabah dan gelisah sangat kalau anak menangis. Akhirnya ibu bapa tunaikan segala kemahuan anak. Padahal tangisan anak tu adalah tangisan manipulatif.

Tangisan manipulatif bukanlah tangisan yang benar dan dibuat-buat kerana anak tahu tangisan itu berjaya membuatkan ibu bapanya tunduk dan patuh pada segala kemahuannya! 

5. Telefon pintar ibu bapa selalu berada di tangan anaknya

Kalau sekali sekala tak apa. Yang bahayanya sampaikan 24 jam telefon pintar berada di tangan si anak. Akhirnya anak menjadi ketagih dan mula tak dapat kawal emosi bila berjauhan dengan telefon pintar ibu bapanya.

Bagi ibu bapa yang ingin mempelajari ilmu mendidik anak, boleh sertai Dr. Taufiq Razif.

Sumber : Iluminasi

Apa Komen Sis