‘Anak Tujuh Orang, Tiada Seorang Pun Yang Berjaya Masuk Ke Universiti, Tapi Kisah Keluarga Besar Ini Mengejutkan Dan Buat Ramai Kagum!!

Tiada ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya kecundang dalam kehidupan. Namun begitu, jangan pula menekan anak-anak sehingga menyebabkan perkara lain pula yang berlaku. 

Apakah kejayaan pada anak-anak yang diharapkan oleh ibu bapa sebenarnya? Berjaya dalam mendapat pendidikan cemerlang atau berjaya dalam merancang kehidupan apabila mereka sudah dewasa kelak?  Atau kedua-duanya sekali? 

Semoga perkongsian dari Nasir Rahman ini memberi manfaat kepada kita semua. 

KAWAN saya ada tujuh orang anak, tiada seorang pun yang berjaya melangkah ke universiti. Selepas SPM, paling hebat pun masuk Giatmara atau pusat latihan SKM. 

Anak perempuan sulung, selepas SPM terus berkahwin dengan jejaka pilihan hati yang juga merupakan orang sekampung. Suami kerja kontrak, menyawit. Sekarang dok jaga kebun-kebun orang kampung. Dapat jugalah bawa kereta ‘H’. Anak pun ramai, buat rumah sebelah rumah mak bapak. 

Anak yang kedua, buka kedai makan di bandar Batu Pahat. Kahwin dengan orang sekampung. Mertua buatkan rumah di tanah kampung. Fuh~, cantik rumahnya. Ada dusun tiga hektar. 

Anak ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh selepas SPM kerja biasa-biasa. Ada kerja kat pasar, ada kerja kampung dan sebagainya. Cucu dah ada lima. Semua anak-anak dia walaupun tak berjaya dalam pelajaran, semua saya tengok ‘sejuk mata memandang’. Rajin kerja, rajin bermasyarakat, rajin berjemaah di surau. 

Rumah dia, meriah sangat. Maklumlah cucu sebelah rumah saja. Kiri kanak depan belakang rumah penuh dengan tanaman dan sayuran. Anak ramai, kena tanam sayur sendiri, bela ayam itik sendiri, bela ikan kelia dan sebagainya. 

Kawan saya ini kerja kampung, dia ada kebun sawit. Cukup katanya untuk menyara keluarga. Bawa van besar sebab keluarga besar. 

Apa yang saya nak kongsikan dalam apa yang saya lihat, hidup dia cukup bahagia. Suami isteri cool saja, tenang saja. Bangun pagi, mandi, pergi surau berjemaah subuh. Ngeteh dengan anak beranak di anjung, borak-borak. Jam 7.30 masing-masing gerak ke tempat kerja. 

Anak-anak dan cucu-cucu keliling rumah, riuh rendah. Masa raya lepas, meriah sangat. Masak rendang ayam kampung pun satu periuk besar.

Kawan saya kata dia sangat bersyukur walaupun anak-anak dia tak berjaya dalam pelajaran. Masa isteri dia masuk hospital, bergilir-gilir anak dia jaga. Makan pakai emak sakit, semua dijaga. 

Kadang-kadang terfikir juga saya, apa ukuran ‘kejayaan’ sebenar bagi ibu bapa? Adakah kerana Allah kurniakan anak-anak yang ‘kurang genius’ menunjukkan dia gagal? Bukankah otak bergeliga itu anugerah Allah? 

Saya tahu perasaan bila anak scored straight A’s dari tadika sampai SPM. Saya juga ada anak yang kutip E dan G sebab dia lambat ambil result (dia kerja dengan saya, very hard working dan dialah tulang belakang saya sekarang).

Bagi saya, apa-apa anugerah Allah kita bersyukurlah. Dalam kita mendongak ke langit, janga kita lupa bumi dipijak. Sekian cerita merepek dari saya. 

Setiap ibu bapa mengimpikan untuk mendapat anak yang soleh dan solehah. Anak yang baik dan mendengar kata-kata ibu bapanya. Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahu memberikan didikan dan ajaran yang terbaik untuk anak mereka.

BACA  Kajian: Wanita patut ada 2 anak saja jika mahu kekal lawa dan awet muda

Bagi yang beragama Islam, mereka sentiasa mengamalkan doa-doa mujarab yang boleh dibaca untuk membentuk anak-anak yang baik dari segi kebijaksanaan dan juga sikap menghormati orang tua. Walau bagaimanapun, sesetengah ibu bapa akan berasa risau dengan persekitaran anak-anak yang boleh memudaratkan masa depannya.

Tetapi, sejauh mana kita boleh memantau anak-anak? Hanya kepercayaan dan doa sahaja yang boleh menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial. Jom kita amalkan doa di bawah ini.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa boleh amalkan membaca Surah As-Syura ayat 19

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak itu ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh

Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5,

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

Amalkan ayat 40 daripada Surah Ibrahim yang bermaksud

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa boleh amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

Doa ini seeloknya dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak. Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan utamakan solatnya.

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

6. Doa agar anak dengar kata

Amalkan membaca Surah Al-Anbiya ayat 69.

Atau Al-Hasyar ayat 22-24

7. Doa memohon rahmat dan keberkatan

Jika surah-surah di atas telah diamalkan, ibu bapa juga dituntut untuk meminta rahmat dan keberkatan dalam setiap yang dilakukan supaya hasilnya akan lebih baik. Boleh amalkan surah di bawah ini.

Surah Al-Imran ayat 8-9

akhir kata

Ibu bapa yang terbaik akan sentiasa mendoakan anaknya menjadi yang terbaik. Oleh hal yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan didikan agama yang sempurna diberikan yang secukupnya kepada anak-anak mereka.

Biarlah kita mendidiknya dari kecil lagi. Supaya kelak, dia membesar nanti dengan didikan agama. Semoga doa yang terbaik untuk anak-anak ini dapat dijadikan panduan untuk semua.

Seharian kita sibuk dengan tugasan dan menguruskan anak-anak, dengan harapan anak-anak dapat membesar dengan segala kecukupan. Perlu diingat bahawa selain usaha kita, satu lagi faktor penentu kejayaan anak-anak adalah keberkatan.

BACA  Cinta Dan Kasih Sayang Suami Akan Terus Melekat Seperti Magnet Jika Isteri Buat 7 Perkara Ini.

Antara cara untuk mendapatkan keberkatan adalah melalui doa ibu bapa.

Oleh itu, mari kita amalkan doa untuk anak ini agar mereka menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat. Doa untuk anak ini semuanya diekstrak daripada ayat-ayat Al-Quran agar menjadi rujukan kita sepanjang hayat.

SENARAI 7 DOA MUSTAJAB IBU BAPA MESTI BACAKAN UNTUK ANAK

1. DOA NABI ZAKARIA UNTUK ZURIAT YANG BAIK

Doa ini asalnya adalah doa Nabi Zakaria yang membacanya untuk memohon keturunan yang baik.

Seperti yang kita tahu, Nabi Zakaria diuji dengan ketiadaan anak sehingga lewat usianya. Namun, baginda tidak pernah berputus harap dan sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat yang soleh sebagai penyambung dakwahnya.

Akhirnya, Allah mengurniakan seorang putera yang mulia, iaitu Nabi Yahya kepada baginda. Bersesuaian dengan maksudnya, doa ini amat sesuai diamalkan untuk memohon dikurniakan zuriat, mahupun untuk memperelokkan akhlak anak kita.

(Surah Al Imran Ayat 138)

Rabbi habli milla dunka dhurryatan tayyiba innaka samiud du`a’

Maksud: ” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

2. DOA UNTUK ANAK AGAR DIBERI RAHMAT

Kita dianjurkan untuk berdoa walaupun telah berjaya dan senang dengan kehidupan kita bersama keluarga di samping meningkatkan kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Begitulah maksud yang dinyatakan dalam doa ini. Ringkas tetapi amat mendalam jika direnungkan.

“Rabbi Auzi’ni An Asy-kura Ni’matakal-lati An ‘Amta `Alayya Wa `Ala Waalidayya Wa An A’mala Solihan Tardoohu Wa Adkhil-Nii Bi Rohmatika Fii `Ibaadikas-Soolihiin”

Maksudnya: …Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).

3. DOA UNTUK ANAK AGAR DILEMBUTKAN HATINYA

Maksud Latiif, iaitu salah satu daripada nama Allah yang terkandung dalam asmaul Husna ini bermaksud Maha Lembut.

Dengan berkat kelembutanNya, eloklah kita memohon agar Allah melembutkan hati anak kita. Doa yang amat sesuai dibacakan jika mempunyai anak yang agak degil dan keras kepala.

Surah As-Syuura Ayat 19

“Allahu Latifun bi ‘ibadihi, yarzuqu man yasha’u, wa huwa l’-Qawiyyu l-‘Aziz”

Maksudnya: Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

4. DOA UNTUK ANAK SUPAYA KUAT & SABAR

Doa ini dianjurkan agar ditiupkan pada ubun-ubun anak pada setiap pagi sebelum ke sekolah, atau setiap kali selepas solat bersama.

BACA  8 Doa Pilihan Untuk Keluarga Bahagia, Jom Amalkan!

Mudah-mudahan mereka akan diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi semua bentuk cabaran hingga mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.

Surah Al Imraan Ayat 200

“Yaa ayyuhalladzina amanush biru wa shobiru wa robitu wat taqullaha la’allakum tuflihuun”

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

5. DOA UNTUK ANAK AGAR RAJIN SOLAT

Bukan mudah mahu menggerakkan anak untuk menunaikan solat 5 waktu jika tidak didisplinkan.

Amalkan doa ini agar kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat di samping mendidik anak-anak menjaga solat.

Doa ini adalah doa Nabi Ibrahim untuk anak-anaknya.

Surah Ibrahim Ayat 40

Rabbij alni muqiimassolati wamin dzurriyatii. Rabbana wataqobbal duaa’. 

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

6. DOA UNTUK ANAK AGAR MENJADI PENYEJUK MATA

Ini adalah salah satu doa yang disyariatkan kepada kita juga, agar memohon keluarga dan anak keturunan yang dapat menjadi penyejuk pandangan, dan penawar di hati.

Selain itu, ia turut menekankan permohonan kita agar dapat menjadi pemimpin yang baik atau ‘role model’ yang dapat menjadi ikutan orang-orang bertaqwa.

Selitkan doa ini setiap kali selepas solat.

(Surah Al-Furqan Ayat 74)

“…Rabbana hab lana min azwaa jina wa dzurriyyaatinaa qurrata a’yuun. Waj alna lil muttaqiina imaamaa.”

Maksudnya: …Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

7. DOA SUPAYA DIKURNIAKAN ANAK YANG MENTAATI PERINTAH ALLAH

Ini adalah salah satu petikan doa daripada Nabi Ibrahim yang dibacakan ketika membina Kaabah bersama anaknya, Nabi Ismail.

Surah Al-Baqarah Ayat 128

“Rabbana waj alna muslimaini laka wamin dzurriyatinaa ummatan muslimatan laka wa arinaa manaa sinakaa watub alaina. Innaka anta tawwabur rahiim.”

Maksudnya: Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

BERKAT DOA IBU BAPA

Selain memastikan didikan agama yang sempurna, menyediakan kecukupan, jangan lupa mendoakan anak-anak kita, sekurang-kurangnya setiap kali selepas solat.

Sebagai ibu bapa, marilah kita amalkan semua doa ini kerana doa ibu bapa untuk anak adalah antara doa yang tidak tertolak oleh Allah SWT. Semoga anak-anak kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Nasir Rahman

 

Apa Komen Sis