16 Khasiat Bendi Yang Selama Ini Kita Tidak Tahu

16 Khasiat Bendi Yang Selama Ini Kita Tidak Tahu

Ada tak diantara anda yang merupakan penggemar setia bendi? Kebiasaannya bendi sering dijadikan ulam-ulaman atau dimasukkan bersama ke dalam masakan. Tahukah anda sebenarnya terdapat banyak khasiat bendi yang kita sebenarnya tidak tahu. Berikut di bawah ini disertakan antara khasiat bendi yang sebenarnya:

  1. Mencuci hati.
  2. Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  3. Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  4. Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  5. Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  6. Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  7. Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  8. Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  9. Ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  10. Air rebusan bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes. Rendam 2 batang bendi yang dihiris besar-besar ke dalam segelas air semalaman. Pastikan gelas ditutup. Amal minum selama 2 minggu sebelum sarapan.
  11. Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan.
  12. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis.
  13. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
  14. Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
  15. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi.
  16. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
BACA  Jangan Pakai Bra Dengan 5 Cara Salah Ini, Ia Akan Menyebabkan Payudara Anda...

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

video:

Sumber: rencahrasa

Apa Komen Sis