‘Bau Busuk Dalam Hidung Macam Tahi’ Rupanya Resdung? Ini Petuanya

Wanita ini marah-marah suaminya, bila dia terbau busuk macam tahi di dalam rumahnya. Bising-bising sampai suaminya pun naik pening. Padahal suami tak bau apa pun, bila diperiksa, rupanya dia sendiri alami masalah resdung yang kronik.

Masalah resdung itulah menyebabkan hidungnya tak berfungsi dengan normal seperti orang lain. Dia mula alami bau yang busuk dan persoalan Deeja Rameli ini mula terjawab apabila dia bertemu seorang doktor yang merupakan pakar herba dan memberinya petua rawat resdung dengan asap kayu manis.

Bau Busuk Dekat Dalam Hidung Macam Bau Tahi

Nampak jijikkan bila dengar? Tulah yang akak alami. Bau busuh dalam hidung macam bau tahi hidup tu. Tak boleh nak cerita tau. Sampai mula-mula akak marah laki akak.

Bau tahi apa dalam rumah ni?” Dia duk terkebil-kebil kepelikan tengok perangai bini ku gangster ni. Lama-lama baru akak sedar, sebenarnya bau dari dalam hidung.

Resdung Akak Teruk Ke Kak

Tak usah cerita la babe. Bangun tidur macam nak pecah kerongkong duk bersin. Hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawa ke spa cuci kejap, sental sental mesti syok.

Nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dengan seorang doktor dan dia pun merupakan pakar herba. Ambillah peluang tanya. Sebab tak tahan dah hidung ni gatal macam apa. Sampai sakit kepala akak.

Doktor tu sendiri cakap. Kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman. Tapi yela weh.. sampai bila nak makan ubat hospitalkan?

Bakar Kayu Manis, Sedut Asapnya

Doktor itu pun ajar akak.

Ambil sebatang kayu manis, bakar dia then sedut asap tu.

Sedut guna lubang hidung korang tu. Fuhhh mencabar. Sebab kayu manis ini boleh bertindak sebagai antiseptik semulajadi yang boleh membunuh kuman.

Si manis ini boleh mengeringkan lendir dan bengkak resdung kita ini. Memang pedih, tapi serius akak cakap.. lega sangat hidung. Rasa kosong. Nak bernafas pun senang.

Dah 4 hari akak amal buat ini. Percaya tak? Bangun tidur dah tak bersin. Hidung ni rasa bersih dan tak gatal. Impress giler dengan kayu manis ni.

Satu Lagi Khasiat Kayu Manis Ini

Kalau yang muka ada parut korang try parut kulit kayu manis ini. Sapu dekat muka. Sapu dekat muka. Memang pedih tapi hasil dia WOW weh! Parut pudar.

So inilah rahsia resdung akak sekarang. Dah tak ada bau tahi, bau kayu manis pulak dalam lubang hidung mak.. hahaha.

VIDEO:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

 

Sumber: Lubuk Maklumat

Apa Komen Sis