Cara Mudah Buat Mayonis Homemade , Lebih Sedap & Jimat

Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak buat sendiri mayonis dirumah. Pastinya ia lebih sedap, terjamin kebersihannya malah menjimatkan tak perlu beli di kedai lagi.Bukan apa, mayonis selalu menjadi sos pencicah seperti nugget, sosej, kentang goreng mahupun dinikmati bersama salad, sandwich dan sebagainya.Bila dapat buat sendiri lebih puas hati dan pastinya berbaloi, lebih-lebih lagi bila anak-anak pun pun suka.

Resepi cara membuat mayonis ini dikongsikan oleh Nabihah Sukria sebagai rujukan mak-mak semua.

Berikut antara perkongsian beliau;

“Dah lama rasanya saya tak beli mayonnaise di kedai. Saya buat sendiri je di rumah. Resepi saya sendiri dan diolah mengikut tekak orang Malaysia. Sangat mudah, jimat dan yang paling penting sedap baq hang. Ada yang teringin ke nak buat sendiri?”

buat mayonis, homemade mayonis, DIY mayonis, cara buat mayonis, resepi buat mayonis, resepi buat sendiri mayonis

Bahan-Bahannya:

  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar air perahan lemon (Jika tiada lemon, boleh guna cuka masakan)
  • 1 sudu kecil mustard
  • 2 sudu besar gula
  • 300 ml minyak (Boleh guna apa-apa minyak. Tapi kalau nak sihat boleh guna minyak zaitun atau minyak sayuran).
  • Serbuk lada hitam (Jika sukakan pedas, boleh letak. Jika sukakan original, tak perlu letak)

Cara Membuat:

  1. Kisarkan telur, garam, air perahan lemon, mustad dan gula dalam mesin pengisar selama 10 saat.
  2. Tuangkan minyak sedikit demi sedikit ke dalam blender sehingga mayonis menjadi kental.
  3. Masukkan secubit lada hitam dan blend sebentar.
  4. Jika sukakan mayonis yang lebih manis, boleh tambah gula lagi.
  5. Siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

PERINGATAN;

  • Jika mahukan mayonis kita tahan beberapa bulan di dalam peti ais, pastikan semua peralatan yang digunakan dan bekas yang kita nak simpan mayonis tu bersih dan kering dari sebarang air.
  • Satu resepi ni boleh dapat satu bekas kecil. Jika nak buat stok banyak siap-siap, boleh doublekan resepi ni ok.
  • Telur pada suhu bilik. Jangan guna yang diambil dari peti ais tu ya.
  • Mustard jangan letak lebih tau. Nanti rasa dia akan jadi pelik.

Selamat mencuba semua.

Video:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

 

Sumber: Hudamir 

Apa Komen Sis