Dulu Masa Berat 125 KG, Inilah 10 Tip Diet Tahan Godaan Yang Ustaz Fitness Amal

Ramai mak-mak yang alami masalah berat badan, berimpian nak kembali langsing. Berkobar-kobar dalam hati tiap kali buka atau baca kisah kejayaan kurus seseorang. Tapi, selesai saja baca semangat jatuh merudum.

Apakah sebenarnya yang menghalang? Coach Arif Sukri yang juga dikenali sebagai Ustaz Fitness berkongsi apa yang membuatkan dirinya tahan godaan sewaktu hajat nak turunkan berat sudah tertanam dalam diri.

Masa berat mencecah 125 kilogram dulu, saya tak buat diet ikut-ikutan. Fokus utamanya adalah biar ia ikut kemampuan dan mulakan secara berperingkat.

Dan inilah 10 tip diet tahan godaan yang buatkan Coach Arif kekal konsisten turun berat tanpa culas. Mudah sangat rupanya, tak perlu keluar modal besar-besar pun.

 

Dulu Masa Berat 125 KG, Inilah 10 Tip Diet Tahan Godaan Yang Ustaz Fitness Amal

 

10 Tip Asas Obesiti Untuk Fit ‘Diet Tahan Godaan’

1.​ Berjalan kaki 30 minit sehari tanpa melakukan aktiviti fizikal yang membebankan lutut. Kau faham saja. Badan dah besar gedabak gitu takkan nak paksa joging. Bahaya!

2.​ Masih makan nasi. Namun, perlahan-lahan kurangkan kuantitinya. Dari dua tiga pinggan kepada sepinggan. Hinggalah ikut sukatan sepatutnya.

3.​ Jangan ikut menu orang. Ini penting. Kau sendiri yang tahu apa yang kau suka dan tak suka. Makan saja dulu awal-awal ni, yang penting beringat.

4.​ Sentiasa maafkan diri sendiri. Sesekali terbabas waktu pagi, jangan muram dan kecewa sampai petang. Hari masih panjang. Tewas pagi, tengah hari masih ada lagi. On track semula!

 

Dulu Masa Berat 125 KG, Inilah 10 Tip Diet Tahan Godaan Yang Ustaz Fitness Amal

 

5.​ Alat penimbang letak jauh-jauh. Awal-awal ini kau fokus nak boleh kawal makan dulu pun dah okey. Berat tu letak tepi dulu. Sudah disiplin baru fokus berat.

6.​ Yang silap dalam diet adalah bila kau potong semua benda yang pernah kau suka makan sebelum ini. Jangan buat begitu. Mulakan secara berperingkat.

BACA  7 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Disangka Sakit Biasa

7.​ Ada orang tu diet hari ini, esok tak buat. Lusa buat, tulat tak buat. Benda begini jadi sebab kita terlalu rasa sulit dalam diet. Biasanya sebab kau selalu ikut menu orang itu dan orang ini.

8.​ Tak perlu buat begitu pun. Setkan dulu minggu ini apa target yang kau nak capai? Lepas itu buat dan buat. Selagi tak berjaya jangan berhenti.

9. Selang-selikan juga dengan bersenam. Boleh cuba main besi, dumbell atau apa saja. Yang pasti ada pantauan jurulatih.

10.​Terakhir pada hujung minggu buatlah satu hari namanya cheatday. Ini terpulang nak buat atau tak. Cuma saya pilih untuk buat sebagai reward hasil on track sebelum ini.

Kata Ustaz Fitness ‘Diet Biarlah Enjoy’

Pilihan semua ada pada kalian. Sama ada masih di tahap yang sama atau bergerak ke peringkat seterusnya.

Yang penting diet biarlah enjoy. Jangan ikut mana-mana menu orang lain. Asal menu kalian masih berkualiti, sihat dan jaga kuantiti, itu sudah okey.

Belajar sesuatu? Klik share dan amalkan jom.

Sumber/Foto : Arif Sukri, Ustaz Fitness Kesayangan Negara

Video :

Sumber : Mingguan Wanita

Apa Komen Sis