Kajian Mengatakan Tempoh Untuk Pulih Trauma Bersalin Adalah Setahun

Berapa lama agaknya masa diambil untuk pulih daripada bersalin dan “kembali bergetah”? Menurut kajian ini, tempoh untuk pulih mungkin lebih panjang berbanding yang dikatakan doktor pakar.

Doktor pakar menegaskan wanita perlu sekurang-kurangnya 6 minggu untuk pulih daripada trauma bersalin. Namun, menurut laporan The Daily Mail, sebuah kajian menegaskan wanita perlu tempoh yang lebih panjang untuk pulih!

Dr Julie Wray dari Universiti Salford telah menemuramah beberapa wanita yang melalui tempoh pulih selama 2-3 minggu, 3 bulan, dan 6-7 bulan selepas bersalin untuk mendapatkan pencerahan tentang bagaimana wanita pulih daripada bersalin.

Wanita-wanita ini mengatakan tempoh selama 6 minggu untuk pulih adalah “mustahil & sebuah fantasi”! Tempoh yang sewajarnya adalah setahun. Mereka juga dilaporkan berasa kecewa dengan kekurangan penjagaan berpantang selepas tempoh 6 minggu yang ditetapkan.

“Masa diambil untuk pulih mungkin lebih panjang daripada 6 minggu”

Dr. Wray dalam sebuah kenyataan media mengulas “kajian menunjukkan wanita perlu perkhidmatan selepas bersalin yang lebih realistik dan mesra pelanggan. Tempoh untuk pulih adalah lebih panjang berbanding selama 6 minggu, dan mereka harus diberi sokongan walaupun selepas tempoh 6 hingga 8 bulan selepas bersalin.”

Setahun adalah tempoh yang ideal. Menurut The Huffington Post, komplikasi kesihatan seperti pemisahan otot perut (diastasis recti), masalah ketahanan lekatan, kesakitan selepas dijahit, atau lantai pelvik tidak berfungsi lebih berpeluang terjadi selepas tempoh 2 tahun bersalin.

 

 

Sumber

Apa Komen Sis
BACA  Tingkatkan Metabolisme Dan Turunkan Berat Badan Dengan Ramuan Ini