43K Perkongsian FB, Rupanya Ini Cara Mudah Buat Roti Canai Di Rumah

Sudah semestinya sebagai rakyat Malaysia pasti kita tahu apa itu roti canai kan? Roti canai merupakan antara makanan yang paling popular bukan sahaja dalam kalangan kita malah pelancong asing juga. Tapi, takkan setiap hari nak keluar pagi untuk dapatkan roti canai di kedai? Jom kita buat roti canai persis di kedai tetapi di rumah sahaja. Barang yang digunakan pun jimat!

BAHAN-BAHA

  1.  Tepung gandum 4 cawan.
  2. Telur sebiji.
  3. Gula sesudu makan.
  4. Air secawan
  5. Garam setengah sudu kecil.
  6. Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng.

Bajet semua dalam rm 5 lebih ikut berapa harga mahal murah barang kat kedai.

CARA-CARANYA

1. Mula – mula campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air. Uli hingga doh tak melekat ( saya uli lebih kurang 20 minit ). Kalau uli tangan gunakan air suam. Kalau uli mesin guna air sejuk.

2. Bahagikan doh kepada bahagian kecil ( saya bahagi kepada 12 biji bola semuanya ) ikut suka korang kalau anak 10 buat kecil kalau anak 2 buatlah besar gabak biar cepat siap.

3. Susun dalam bekas yang diisi minyak masak. Pastikan tepung terendam dalam minyak dan peram lebih kurang 2 jam.
Soalan : guna majerin boleh? Jawapan : ikut suka hati. Tapi saya tak pernah buat.

4. Selepas dua jam, siapkan lokasi menebar. Dulang besar yang ditenggek atas baldi. Dulang kecil untuk letak roti canai.

5. Ambil satu bola tepung tu dan penyekkan macam dalam gambar. Biarkan dalam minyak 3@4 minit barulah mula menebar. Proses rehat 3@4 minit ini memudahkan kita menebar dan tepung jadi lebih lembut.

6. Mula menebar tepung menjadi bulatan lebih besar. Tarik tepung perlahan – lahan. Buat kena sabar, tarik mahu halus.

7. Tebar sampai penuh sedulang. Kalau betul cara tebar dia molek je tak berlubang koyak macam roti kirai.

8. Lipat sisi pertama dan kedua.

9. Lipatan ketiga dan keempat. Cantik menarik tertarik.

10.Roti canai digoreng dengan gembira.

11. Panas siap berkepul. Kau mahu roti kosong ke sardin ke telur tampal telur bawang? Up to u. Selamat berjaya!

Video cara membuat roti canai sendiri di rumah :

Sumber : Normaliana Abu Bakar

Apa Komen Sis