Dokter Pelik Pesakit Baru Bersalin 47 Hari Lepas Datang Bersama Suami Tapi Tinggal Bayi Demam Seorang Diri Rumah. Bila Dokter dan Misi Berdesup Kerumah Peasakit Itu, Terkelu Mereka Terkejut Melihat Anak Itu.

Ramai ibu muda yang baru bersalin mengalami tekanan perasaan kerana keadaan persekitaran yang menekan. Dalam situasi ini, ramai yang bertindak menyalahkan suami kerana tidak cukup memahami keadaan si isteri. Namun begitu, ramai yang tidak memahami, walau apapun perkara yang berlaku, pesakit dan keluarga memerlukan sokongan mental dari masyarakat sekeliling.

Terlalu menghakimi kehidupan orang tanpa menyelami pahit maung yang dialami adalah amat tidak adil. Dr. Erni Nadia, berkongsi sebuah kisah berkenaan pesakitnya, seorang wanita yang mengalami Schizo dan baru melahirkan anak.

Dalam pertemuan dengan Doktor berkenaan, wanita terbabit mengadu sakit pada bahagian abdomen, keluar darah yang banyak, muntah dan tak lalu makan.

Semasa menerima rawatan Dr terbabit, wanita berkenaan datang bersama suami dan anak sulung mereka. Tapi yang memeranjatkan bayi kecil mereka ditinggal di rumah sendirian!

Doktor berkenaan bertindak memujuk si suami untuk membawa beliau dan jururawat untuk segera melawat bayi kecil tersebut di rumah. Namun beliau begitu terkejut dengan keadaan dhaif keluarga tersebut.

Keadaan keluarga ini membuatkan Doktor ini tersentak merenung nikmat yang Allah berikan pada dirinya.

Setelah menguruskan bayi berkenaan. Doktor Erni cuba berbincang dengan si suami tentang penjagaan si bayi. Namun jawapan yang diberikan amat menyentap perasaan beliau.

Betapa hebatnya kasih sayang si suami, masih sabar bersama isterinya yang sakit. Ya, jika tidak diketahui kehidupan si suami pasti yang mendengar terus menyangka si suami zalim. Hakikatnya,beliau adalah seorang lelaki yang tabah mengharungi kehidupan di sisi isterinya yang sakit.

Sumber : Memori Kini

Apa Komen Sis
BACA  'Alhamdulillah 20 minit yang berharga, rasa macam nak menangis' - Golongan suami, berilah isteri time-off 15-20 minit

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*