Cara Buat Maajun Paling Mudah. Khasiatnya Superb Untuk Diri Sendiri, Suami & Anak!

Bagi yang biasa mengambil maajun untuk tujuan penjagaan kesihatan dalaman, di sini ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi bersama. Di mana anda kini boleh sediakan sendiri ramuan maajun dan amalkan untuk kebaikkan sesisi keluarga.

Ramuan istimewa ini telah lama diamalkan dan diwarisi oleh Puan Sumaiyah Abdullah. jadi bolehlah dicuba, lagipun bahan-bahan yang digunakan juga cukup mudah didapati. Jom semak!

DIY MAAJUN SEISI KELUARGA

Dah lama rasanya tak share tips dari dapur ni. Apa kata kali ni mak-mak try buat MAAJUN sendiri plak. Simple sangat. Tapi amat berkhasiat.

Petua ni diwarisi dari ayah ciksu sendiri. Sape cakap lelaki tak boleh makan maajun. Nah. Ini dia resepi maajun untuk semua peringkat umur. Kecuali baby ye.

Bahan-bahannya:

 

  • sudu besar Habbatussauda
  • 1 sudu kecil Madu Asli

Cara-caranya :cara mudah buat maajun, maajun untuk kesihatan diri, maajun untuk kecantikan diri, home made maajun, cara buat maajun

 

1- Blend/kisar kering Habbatusauda sehingga halus.

cara mudah buat maajun, maajun untuk kesihatan diri, maajun untuk kecantikan diri, home made maajun, cara buat maajun

2- Campurkan Madu Asli bersama Habatus Sauda kisar tadi

cara mudah buat maajun, maajun untuk kesihatan diri, maajun untuk kecantikan diri, home made maajun, cara buat maajun

3- Gaul sebati.cara mudah buat maajun, maajun untuk kesihatan diri, maajun untuk kecantikan diri, home made maajun, cara buat maajun

 

4- Sejukkan dalam peti ais supaya sedikit keras(untuk mudah digentel).cara mudah buat maajun, maajun untuk kesihatan diri, maajun untuk kecantikan diri, home made maajun, cara buat maajun

5- Bila dah sejuk dan keras, gentel2 jadi bulat.

6- Dah pun siap.

SUKATAN MAAJUN

Untuk orang DEWASA BERKAHWIN (lelaki dan perempuan)

* 1 biji, 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum makan.

Untuk orang DEWASA BELUM BERKAHWIN

* 1 biji. Pagi sahaja sebelum makan.

Untuk KANAK-KANAK

* 1/2(separuh) biji. Pagi sebelum makan.

KHASIAT HABBATUS SAUDA

Jika sebut Habatus Sauda, jintan hitam, nigella sativa dan black seed, itu semua benda yang sama je. Macam-macam nama ada bergantung kepada tempat masing-masing.

Habatus Sauda ni bersifat antioksidan, anti depresi, anti bakterial, anti fungal, anti septik, astringen dan anti penuaan.

* Manfaat untuk wanita.

  1. Nutrisi terbaik untuk wanita yang sedang hamil dan menyusu.
  2. Melindungi bayi dari lahir cacat.(makan kandungan 6 bulan ke atas).
  3. Membanyakkan susu badan
  4. Menurunkan berat badan
  5. Meningkatkan ghairah seksual wanita.
  6. Mengubati keputihan pada wanita.
  7. Melancarkan pengaliran darah haid & nifas.

* Manfaat untuk lelaki

  1. Penambah stamina
  2. Meningkatkan ghairah seksual lelaki
  3. Merawat lemah syahwat
  4. Meningkatkan kesuburan lelaki
  5. Manfaat bagi kanak-kanak
  6. Meningkatkan daya ingatan, konsentrasi dan kepekaan kanak-kanak.
  7. Meningkatkan sistem imun.

* Manfaat untuk warga tua

  1. Mencegah penuaan
  2. Mencegah osteoporosis
  3. Mengatasi strok
  4. Suplemen agar tidak mudah diserang penyakit.

Mana nak dapat Habatus Sauda ni?

Ada jual kat kedai-kedai makanan sunnah, toko jamu, kedai-kedai mamak india. Pasaraya kat bahagian rempah ratus

Sumber : Sumaiyah Abdullah via MAHN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Petua Ibu