Orang Tangan Panas Pun Dah Boleh Tanam Kunyit. Cuma Perlu Ikut Cara Ni

Cuba bayangkan kalau anda ada menanam kunyit di rumah. Tentu bila-bila masa boleh dituai daunnya untuk dijadikan bahan dalam masakan yang cukup menyelerakan.

Tak ada lagi istilah ‘tangan panas’, semua boleh menanam kunyit jika ikut cara ni. Hal ini telah dikongsi oleh Nurul ‘Izzah Zulkifli. Ini katanya :

“Tapi ada sesuatu yang tidak mematahkan semangat saya mahu menanam. Psssstt.. banyak sebab antaranya, mahu yang segar dan organik, bebas racun serangga dan menjimatkan wang! Jadi, saya kongsikan sejenis tanaman mudah untuk anda!”

KUNYIT aka turmeric atau nama saintifiknya Curcuma Longa.!

Kunyit seperti yang diketahui ada banyak khasiatnya dan digunakan secara meluas dikalangan masyarakat Asia. Turut dikenali sebagai salah satu ‘superfood’ yang berkesan sebagai anti-inflamasi dan antioksidan, ianya juga berguna sebagai anti-depressi, pewarna makanan dan daunnya sebagai ulam atau pembuka selera dalam masakan.

Ok, berbalik kepada tajuk kita.

Apa Yang Perlu Ada?

1. Bekas menanam.
Untuk permulaan, boleh gunakan botol plastik seperti air mineral atau bekas makanan. Tebukkan lubang di bahagian bawah botol mineral menggunakan paku atau drill. Saya gunakan pasu kecil dan bekas mineral Spritzer saiz 9.5ml sahaja.

 

2. Rizom aka tunas kunyit.
Ketika membeli kunyit, pilih bahagian yang telah bertunas.cara tanam kunyit, tanam pokok kunyit dalam pasu, pokok kunyit dalam pasu, semai pokok kunyit dalam pot, semai poko kunyit dalam pasu

3. Tanah.
Boleh didapati di banyak tempat. Lebih mudah jika dapatkan di nurseri yang berdekatan dengan tempat anda.

Cara Menanam

  1. Penuhkan bekas menanam dengan 2/3 atau 3/4 bahagian tanah.
  2. Letakkan rizom kunyit dengan tunas menghadap ke atas. kambus nipis sahaja.
  3. Siram 2x sehari.
  4. Setelah beberapa ketika, daun akan mula keluar dan sedia untuk digunakan.

Tip Tanam Kunyit

  1. Gunakan air paip tadahan, air cuci ikan, atau air beras (yang boleh juga digunakan untuk mencuci muka).
  2. Pastikan tanah lembab tetapi awas jangan biarkan air bertakung kerana ianya akan mereputkan ubi kunyit.
  3. Posisikan bekas tanaman di tempat teduh dan tidak terlalu panas.

Bagaimana mahu mendapatkan ubi kunyit?

  1. Apabila daun mulai menguning dan batang kunyit mulai kering, ianya petanda ubi kunyit telah matang.
  2. Mudah sahaja, hanya korekkan keseluruhan tanaman termasuk bahagian akar.
  3. Ambil bahagian yang diperlukan, bahagian yang bertunas boleh terus ditanam semula.

Cara penggunaan ubi kunyit

  1. Cuci bersih dan rebus ubi kunyit.
  2. Kupas dan buang kulit pada ubi kunyit
  3. Jemur kering kunyit menggunakan tray.
  4. Kunyit yang kering boleh dikisar halus dan disimpan sebagai serbuk kunyit di dalam bekas kedap udara.

cara tanam kunyit, tanam pokok kunyit dalam pasu, pokok kunyit dalam pasu, semai pokok kunyit dalam pot, semai poko kunyit dalam pasu

Tips gardening di rumah.

  1. Gunakan bekas tanaman dari jenis plastik: ‘reuse’ dan ‘recycle’.
  2. Air siraman berupa air basuhan beras, ikan dan air hujan adalah sangat bagus. Siram anak pokok 2kali sehari menggunakan spray.
  3. Baja dari kulit telur, kulit pisang, serbuk kopi dan serbuk teh adalah yang paling mudah didapati dari dapur anda.
  4. Benih dan baja kompos boleh dibuat sendiri juga dari sisa dapur rumah anda.
  5.  Selawat dan bercakap yang positif. Bacaan : ‘La haula wala quwwata illabillahil ‘aliyyil ‘azim’ (Tiada daya upayaku melainkan bantuanMu ya Allah.)

Dari proses menanam hinggalah ke siraman, jangan lupa amalkan tips ini ye. Mudahkan? Jom kita menanam.

sumber : Nurul ‘Izzah Zulkifli

Untuk lebih memahami cara nak tanam pokok kunyit dalam pasu, boleh tengok video ni:

Sumber: Petua Ibu