“Alhamdulillah,Tahniah Sis,” – Netizen Tumpang Gembira Bila Puteri Sarah Umum Hamil Anak Kedua

Semalam, pelakon, Puteri Sarah Liyana mengumumkan kehamilan anak keduanya apabila dia disahkan hamil lima minggu.

Memetik laporan Mstar Online, Sarah yang juga merupakan isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof mengatakan bahawa dia berusaha mendapatkan zuriat kedua sejak anak sulungnya, Syaikhul Islam berusia 11 bulan.

“Alhamdulillah saya disahkan hamil kira-kira lima minggu.

“Saya memang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan sudah mencuba sejak anak pertama berusia 11 bulan lagi.

“Doktor tak benarkan saya dukung anak atau lakukan kerja-kerja berat. Tapi saya dukung juga curi-curi.

“Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin masih awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut mengucapkan rasa syukurnya menerusi entri di Instagramnya, hari ini.

“Syukur Ya Allah, doakan yang baik-baik. Rezeki anak, rezeki Munafik 2, rezeki dari ALLAH SWT. Semua kerana ALLAH, cinta kerana ALLAH SWT,” tulisnya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen kepada is.

Alhamdulillah, tahniah MH ucapkan buat Sarah dan Syamsul. Di kesempatan ini juga MH turut sama ingin mendoakan agar kandungan Sarah dipermudahkan.

Foto: Instagram Puteri Sarah

Sumber: Mstar Online

Apa Komen Sis
BACA  Jangan Tak Tahu, 8 Selebriti Ini Boleh Cakap 3 Bahasa Tau!