Bekerja Meski Baru 30 Hari Bersalin, Ini Penjelasan Datin Seri Nur Shahida

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mengakui sudah mula bekerja semula meski baru 30 hari melahirkan anak mereka, Yusoff Al Qardawi.

Bagaimanapun, dia menjelaskan sebab mengapa dia berbuat demikian melalui satu entri di laman Instagramnya.

“Mama dah start kerja lah @yusoffalqardawi ikut mama pi ofis hari ni…Yusoff pun dah genap 1 bulan, tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang(kes takut kena kecam jadi I explain awal-awal).

“Sebab saya memang dari anak sulung memang jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil-manggil saya kat ofis tu.

“Sindrom mak-mak sangat pakai ‘nursing cover’ ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka,” kongsinya.

Mama dah start kerja lah @yusoffalqardawi ikut mama pi ofis hari ni…..yusoff pun dah genap 1 bulan…tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang(kes takut kena kecam jadi i explain awal2????????) sbb saya mmg dari anak sulung mmg jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil2 saya kat ofis tu…..sindrom mak2 sangat pakai nursing cover ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka????????

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Oh my! MH ‘respect’ betul dengan Shahida. Walaupun lemah-lembut tapi sebenarnya seorang wanita yang kuat dan tabah.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai peminat memberikan kata-kata semangat buatnya.

 

Apa-apapun, kerja-kerja juga tapi kesihatan diri dan ‘baby’ kena jaga juga ya!

Foto: Instagram Datin Seri Nur Shahida

Video 5 perkara mengenai Datin Seri Nur Shahidah yang kite tak tahu:

Sumber : Media Hiburan

Apa Komen Sis
BACA  Intan Liana Bakal Jadi Duta Produk Aliff Syukri?