Berhantu Sungguh Lagu SAMPAI BILA, Buat Misha Omar Merinding Sendiri, Menitis Air Mata

Ini luahan hati Misha Omar ketika menjayakan konsert Hot Kool Jam yang lalu. Betapa lagu ‘berhantu’ Sampai Bila yang menjadi OST lagu tema drama Jangan Benci Cintaku buatnya merinding sendiri. Kerana liriknya kah? Atau melodinya?

Rupanya merinding Misha itu disebabkan dia tersentuh hati dengan sambutan para peminatnya yang turut sama menyanyi dengannya semasa Misha mendendangkan lagu Sampai Bila dalam konsert tersebut. Katanya lagu itu perlahan-lahan meresap ke jiwa pendengar.

 

Berhantu Sungguh Lagu SAMPAI BILA, Buat Misha Omar Merinding Sendiri, Menitis Air Mata

 

Sampai macam itu sekali penangan #janganbencicintaku. “Semalam di konsert Hot Kool Jam, sampai saya tergerak untuk membuka ear monitor untuk kepastian. Sungguh saya tak percaya apabila suara-suara di bawah turut menyanyi bersama lagu SAMPAI BILA.

Saat itu terasa berat benar menghabiskan nyanyian lagu tu. Tak tau nak nyanyi ke nak nangis je kat situ. Semenjak lagu SAMPAI BILA diperkenalkan dan meresap perlahan-lahan ke jiwa kalian semua, percayalah.. perasaan saya sebenarnya tidak aman.

Saya sering diburu rasa terharu, dan adakalanya bila saya lihat post / stories di instagram dari peminat-peminat berkenaan SAMPAI BILA, jadi merinding sendiri dan kadang-kadang sampai boleh menitiskan airmata.”

 

Berhantu Sungguh Lagu SAMPAI BILA, Buat Misha Omar Merinding Sendiri, Menitis Air Mata

 

Misha Omar 16 Tahun Menyanyi Dalam Industri Seni

Begini agaknya ya respon dari seorang penyanyi yang telah bekerja selama 16 tahun. Di mana setahun yang lalu masa banyak dihabiskan untuk membesarkan anak-anak dan uruskan rumahtangga.

Jadi sentimental terus atau kau sebenarnya chengeng dari dulu la Misha Omar! TERIMA KASIH kerana menghargai lagu nyanyian saya, percayalah support dari kalian itu jadi tulang belakang yang hebat untuk saya terus bekerja keras dalam industri muzik.”

BACA  10 Gambar Jeanelle Nika Mandagie Permata Hati Jovian Dan Nina

Suara saya hanyalah sebuah instrumen yang kecil tanpa melodi yang indah dan susunan muzik yang besar dari Sharon Paul Penceritaan nyanyian saya takkan dapat dirasakan kalian tanpa kata-kata pujangga yang menusuk jiwa oleh Shah Shamsiri dan Fedtri Yahya.”

Terima kasih Hot FM dan Kool FM yang mengundang saya dalam siri konsert malam tadi. Terima kasih Suhan Movies kerana menjadikan lagu saya ini, lagu tema drama slot akasia #janganbencicintaku.

 

Berhantu Sungguh Lagu SAMPAI BILA, Buat Misha Omar Merinding Sendiri, Menitis Air Mata

 

Sekalung tahniah buat pihak produksi penggambaran #janganbencicintaku , to all the main cast, pengarahnya, Pali Yahya di atas kejayaan drama mereka yang trending every single day.”

Terima kasih rakan-rakan artis yang selalu beri kata-kata semangat, rakan -rakan wartawan media cetak & elektronik.

Dan sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian yang request lagu SAMPAI BILA sehingga menduduki tangga di carta-carta radio, yang mendengarkan di semua digital platform, yang mengundi lagu ini di carta muzik-muzik.”

Cuma Allah saja mampu membalasnya. Bila support kalian bersatu, energynya sangat luar biasa.” luah Misha Omar dalam instagramnya

Video Ost Drama Jangan Benci Cintaku :

Sumber/Foto : Misha Omar

Sumber : Mingguan Wanita

 

Apa Komen Sis