Cinta Rani Kulup Ditolak Lagi, Sajat Bakal Bernikah Tahun Hadapan

Semalam, kami di Hangat ada menyiarkan kisah mengenai Abdul Rani Kulup Abdulllah atau lebih dikenali sebagai Rani Kulup yang berhasrat ingin melamar Nur Sajat, pemilik Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd.

Berita itu juga tular di media sosial sehingga ke pengetahuan Sajat. Menyedari akan hal itu, Sajat tidak mudah melatah dan berkata bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan dan menyifatkan Rani Kulup sebagai kekurangan kasih sayang sehingga memaksanya mencari publisiti murahan

Menurut sumber, Rani Kulup ketika dihubungi menyatakan rasa kecewa akan Sajat kerana tidak mengenali beliau. Tambah Rani Kulup, sebenarnya beliau amat mengagumi usahawan Melayu seperti Sajat, Datuk Seri Vida. Walaupun ‘cinta’ nya ditolak, Rani Kulup turut mendoakan yang terbaik buat mereka.

Sajat telah menyuarakan hasratnya untuk berkahwin pada hujung tahun hadapan dengan kekasih hatinya. Adakah kekasih tersebut adalah Coach Yin? Kerana kedua – duanya kini dikatakan sedang hangat bercinta.

Sumber Mstar Online

 

 

Sumber: Hangat.com

Apa Komen Sis
BACA  [FOTO] Cucu Tok Ti, Arif Jiwa Sambut Hari Jadi Di Rumah Anak Yatim,Siap Pakai Tema Mickey Mouse!