Niena Baharun Bagi Amaran Terakhir

Berikutan semakin banyak pihak tidak bertanggungjawab yang salah guna fotonya untuk tujuan mempromosikan produknya di laman media sosial membuatkan pelakon, Niena Baharun memberikan amaran terakhir kepada mereka.

Menerusi ruangan IG storynya, Niena mengatakan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya jika perkara itu masih diteruskan pihak tersebut.

“Harap maklum, segala gambar atau video saya yang digunakan untuk sebarang tujuan pengiklanan, promosi barang atau perkhidmatan di sosial media sama ada di Instagram dan Facebook, tidak pernah mendapat keizinan dan persetujuan daripada pihak saya.

“Diharapkan pihak berkenaan jangan menyalahgunakan dan padam serta-merta gambar saya untuk sebarang tujuan yang berkaitan dengan pengiklanan, promosi produk atau perkhidmatan anda.

“Jika perkara ini berterusan saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya,” tulisnya.

Pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu kemudiannya turut memuat naik mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak-pihak yang ‘mendengar kata’ dan memadam foto Niena daripada laman media sosial mereka.

Pada MH, sebenarnya perkara ini bukanlah perkara baru malah sudah banyak kali foto-foto selebriti digunakan untuk melariskan perniagaan mereka.

Apa-apapun, MH harap dengan perkongsian Niena ini akan turut memberikan kesedaran buat pihak lain yang turut berbuat perkara sedemikian.

Foto: Instagram Niena Baharun

Video biodata Nina Baharun :

Sumber : Media Hiburan

Apa Komen Sis
BACA  5 Hal Yang Peminat Tak Tahu Ketika Resepsi Ke-2 Bella & Engku Emran