“Siap Berduet Dengan Amelina Tau!” – Gelagat Amyza Aznan Edit Video Suami Demam Cuit Hati Netizen…

Pelakon berbakat Amyza Aznan memang dikenali dengan keletahnya yang sentiasa mencuit hati.

Terbaru, aktres itu memuat naik sepotong video suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir yang telah disunting di laman Instagram miliknya.

Menariknya, Amyza menyunting video gelagat suaminya yang sedang demam dengan muzik video lagu Rindu nyanyian Ratu Dangdut, Amelina.

“Agaknya bila buat macam ni Kak Kaaia have have masuk syurga tak? Suami uols kalau demam…. macam ni tak??

“TERCHENTA DUET DENGAN RATU DANGDUT MALAYSIA @amelinaamirsharipuddin. B…. ampunkan love…nasiblah dapat bini macam ni,” tulis Amyza di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Demam ye… sayang tak kat i? Haaa kak kaiaa have have canceled shooting sebab jaga terchenta. jangan plak ada yg ckp lagi.. suami icu dia pegi shooting. Aleuto!!!u r not in my shoe …

Siaran dikongsi oleh KAAIA (@amyzaaznankaaia) pada

Di ruangan komen, rata-rata peminat memberikan respon yang melucukan apabila melihat video terbabit serta terhibur melihat keletah Amyza mengusik dan bergurau ‘nakal’ bersama suaminya.

Entri terbabit mendapat respon dari Amelina yang terhibur melihat video terbabit.

BACA  Fattah Amin Hadiahkan Cincin Buat Fazura?

“Hahahahaha! Macam ke hanat kau sis buatkan Busu wei! Memang nampak naw-naw Busu mimpi karoks lagu ni wei!” tulis Amelina.

Amyza mendirikan rumah tangga dengan Khairil pada 2004 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

 

Sumber: Gempak / Ig amyzaaznankaaia

Apa Komen Sis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*