“Tiada Niat Lain, Melainkan Untuk Kembalikan Imej Dan Maruah Muslimah Bertudung,” – Da’i Luqman ‘Sound’ Wani?

Wani yang baru saja muncul menerusi single terbaru, Pendusta Cinta mendapat reaksi pelbagai daripada netizen menerusi penampilan dan aksi bekas peserta Gema Gegar Vaganza musim pertama itu yang menari bersama para penari iringan di dalam muzik video rasmi lagu berkenaan.

Muzik video yang di muat naik lebih enam hari lalu itu turut menampilkan Waris sebagai penyanyi tampilan khas.

Selain ada netizen yang tidak berapa senang dengan aksi tarian yang dibawa Wani kerana penampilannya yang berhijab, ada juga yang mendakwa entri yang dimuat naik Da’i Luqman menerusi Instagram seperti ditujukan buat penyanyi muda terbabit.

Pendakwah tersebut memaklumkan mengenai pendiriannya terhadap nyanyian tetapi usahlah sampai mengundang fitnah besar buat wanita bertudung.

“Buat seorang penyanyi wanita popular berhijab, nak menyanyi silakan tapi tak payahlah sampai menari. Kerana itu mengundang fitnah besar buat wanita lain yang bertudung. Niat untuk bagi malu bagi orang yang dah hilang malu,” tulisnya menerusi entri di Instagram,” kongsinya. 

Bagaimanapun, pendakwah tersebut tidak pula menyebut nama mana-mana induvidu. Lalu ada yang merujuk ia ditujukan buat penyanyi berkenaan yang secara kebetulan muncul dengan muzik video seumapamanya.

Sementara menerusi ruangan kapsyen, Luqman turut memberikan perkongsian panjang berhubung isu berkaitan.

“Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung,” tulisnya sambil diiringi dengan perkongsian tersebut.

Post ini tiada niat lain, melainkan untuk kembalikan imej dan maruah Muslimah bertudung __ Realiti pada harini, wanita Muslimah hanya berpemikiran bahawa "Islamnya aku itu cukup hanya sekadar bertudung". Dan kebanyakan dari mereka beranggapan pula, "aku dah pakai tudung, so aku dah boleh buat apa sahaja". Ramai dari kalangan wanita pada harini tak faham, konsep sebenar bertudung dan menutup aurat __ Apa yang anda faham tentang menutup aurat? Adakah sekadar tutup, kemudian boleh terkinja-kinja? Salah. Konsep sebenar menutup aurat adalah, menutup bahagian-bahagian yang telah digariskan oleh Syarak, dan dalam masa yang sama hadirkan rasa "Malu" pada diri __ Kerna jika takdak rasa Malu, maka tindakan menutup aurat itu takkan sesekali sampai pada matlamatnya __ Sudah2 lah mendatangkan fitnah kepada wanita bertudung yang lain. Disebabkan anda, ramai wanita lain pada harini yg tak mahu bertudung beralasankan; . "Alah, ustaz. Buat apa pakai tudung. Ustaz tengok sajalah kat luar sana, pakai tudung tapi berzina, pakai tudung tapi merokok, pakai tudung tapi menari, pakai tudung tapi naik moto ngan bf, etc.." __ Baginda SAW pernah bersabda dalam sepotong hadith dari Al-Hasan, . "Sifat malu itu daripada iman, dan iman itu di syurga. Dan kekejian itu dari kerendahan akhlak, dan kerendahan akhlak itu di dalam neraka" __ Wahai wanita, tingkatkan maruahmu dan kembalikan malumu! __ P/s : Jangan tanya chaq hukum wanita menyanyi plak. Sebab ada khilaf 'ulama. Wallahua'lam ???? ???? __ #donedakwah #donetanggungjawabdiri

A post shared by Da'i Luqman ™ (@dailuqman) on

Foto: Instagram Luqman/Wani Selamat

BACA  [7FOTO] Baby Bump Dahlia, Gadis Trivago. Berserinya!

 

Sumber : Media Hiburan

Apa Komen Sis