Bila Rambut Isteri Gugur, Berilah Mereka Sedikit Masa Untuk Rehat Kerana Mereka Makhluk Paling Penat

Perkahwinan merupakan medan untuk suami isteri saling melengkapi kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Walaupun tinggal sebumbung dan tidur sekatil, belum tentu suami dapat memahami pengorbanan yang isteri rasai.

Sebenarnya banyak pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri. Sanggup berpindah dari naungan keluarga, kemudiannya menyerahkan jiwa dan raganya kepada seorang lelaki asing serta hidup bersama insan yang kini bergelar suaminya.

Perkongsian ini tentang pengorbanan seorang isteri ini mungkin tidak sama antara satu wanita dengan wanita yang lain. Namun cukup jika dikatakan bahawa sebagai suri dalam rumah tangga, isteri menanggung banyak perkara. Malah sanggup berkorban kerana isteri rela mengutamakan, mendahulukan dan melebihkan suami berbanding dirinya.

Kalau kita mandi, nampak banyak rambut isteri di lantai.

Kalau kita sapu rumah, banyak rambut yang bersibai.

Kalau kita tengok sikat, banyak rambut yang berumbai.

Jangan salah faham, tu bukan rambut makhluk halus atau pontianak harum buah kelibai.

Itu rambut isteri kita.

Sebab apa rambut isteri kita banyak gugur?

  1. Tekanan.

Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan anak-anak, tekanan dengan sikap kita. Dan tertekan dengan masalah diri pun ya juga.

  1. Hormon yang tidak stabil.

Ini tugas kita kena bantu dengan cari atau usahakan ubat dan herba. Boleh tanya farmasi atau bawa isteri untuk check up selalu kesihatan dia.

  1. Pengambilan Ubat-ubat yang tertentu.

Pengambilan ubat yang melebihi dos juga menyebab rambut isteri kita gugur. Kalau dia selalu pening kepala, biasanya kita hulur sahaja panadol padanya. Mungkin kita sebagai suami boleh legakan dengan merawatnya sendiri. Saya pernah up status tentang cara merawat isteri.

  1. Kekurangan nutrisi akibat daripada diet yang tidak betul.

Kadang, isteri sanggup tak makan sebab nak kurus. Kadang pula isteri kita makan tak kena diet. Makan tu makan ni jadi ada kekurangan yang menyebabkan keguguran rambut.

  1. Produk rambut
BACA  Tak Salah Suami Bantu Kerja Rumah – Bercerai Kerana Kes Remeh, Ini Teguran Untuk Suami Isteri

Penggunaan produk rambut yang kerap seperti pewarna rambut, penyering rambut dan juga bahan untuk kegunaan meluruskan dan kerintingkan rambut.

Ini saya kongsi adalah berdasarkan apa yang saya faham. Andai salah dan tak betul, komen dan tambahkan saja.

Kita nak semuanya baik kan?

InsyaAllah, bila kita lihat rambut isteri banyak gugur, kita faham bahawa sudah sampai masanya kita menghiburkan dan merawat sendiri isteri kita.

Mereka mahkluk paling penat!

Berilah sedikit masa untuk mereka rehat.

Apa2 pun jika terjumpa maka kutip dgn cara yg baik. Kerana ianya tetap aurat pd ISTERI.

Menurut mazhab Hanafi dan Syafi’ie; haram ia dilihat dan disentuh sama seperti ketika ia masih berada di badannya. Walaupun ia telah terpisah dari badan, kedudukannya sebagai aurat tetap kekal. Oleh itu, haram melihat dan menyentuhnya. Wajiblah ia ditutup supaya tidak dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.

PERINGATAN !! rambut juga boleh digunakan perantara SIHIR.

Kredit to abu hurairah asifa

Sumber : Pesona Pengantin

Apa Komen Sis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*