[VIDEO] Aurat Isteri Dengan Keluarga Mertua – Dengarkan Penjelasan UAI Ini.

Apakah Batasan Aurat Isteri Dengan Keluarga Mertua

Soalan:
Setakat manakah aurat seorang isteri dengan keluarga mertua?

Jawapan:
Jika isteri dengan bapa mertua, hukumnya sama dengan bapa kita sendiri. Auratnya atas daripada lutut. Tetapi jika isteri dengan Ipar, maka hukumnya seperti aurat dengan orang luar.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”(surah an-Nuur:31)

VIDEO:

Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada semua.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Youtube via LubukMaklumat

Apa Komen Sis
BACA  Mudahnya Wanita mendapat Pahala dan Syurga Allah swt.