Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas

Ada tak mak-mak dekat sini yang gemar buat daging bakar. Kalau suka pun tak selalu daging bakar ini jadi hidangan rutin. Untuk waktu-waktu special je mak-mak rajin buatkan.

Lagi-lagi rempah perapannya bukan sedikit. Dan ambil masa juga nak menyediakan. Bagi menjimatkan masa mak-mak, wanita ini Norsufia Johari berkongsi resepi daging bakar dan cara menyimpan dengan teknik rendam air panas.

Katanya dengan cara ini daging bakar boleh tahan disimpan sampai setahun. Amat sesuai untuk mak-mak yang kesibukan dengan kerja dan diburu waktu untuk memasak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Serbuk cajun ini ada di jual di pasaraya.

Perapan Daging Bakar Tahan Setahun

Bahan-bahan

  • 10 keping daging (saya pakai daging kambing bahagian shoulder)
  • 6-7 sb sos tiram
  • 5 sb Serbuk cili
  • 5 sb Cajun
  • 5 sb Serbuk jintan putih
  • 5 sb Serbuk jintan manis
  • 5 sb Serbuk ketumbar
  • 5 sb Serbuk halia
  • 5 sb Serbuk bawang putih
  • 5 sb Sos lada hitam
  • 5 sb Gula perang/madu
  • 3 sb Kicap pekat
  • 3 sb Italian herbs
  • 3 sb Serbuk lada putih
  • 3 sb Rosemary flakes (wajib ada)
  • 2 sb Serbuk kunyit
  • 2 sb Serbuk kari (optional tak letak pun tak apa)
    *Bahan-bahan boleh adjust ikut kesesuaian

Cara Perap Daging Bagi Tahan Lama

  1. Cuci daging dengan limau untuk lembutkan daging.
  2. Biarkan seketika dalam rendaman air limau selama 15 minit.
  3. Selepas itu tapis basuhan daging supaya tak ada air.
  4. Pastikan air betul-betul kering tau. Baru tahan lama.
  5. Campurkan semua bahan=bahan di atas dan perap kambing.
  6. Bakar atas non stick pan atau oven.
  7. Waktu nak bakar letak sedikit minyak atau butter. Kalau nak ada rangup-rangup masukkan minyak dan bila daging dah separuh masak, masukkan butter.
BACA  Tambahkan 2 Bahan Ini Pada Mesin Basuh Anda, Agar Mesin Bersih Dari Bakteria Dan Pakaian Lebih Bersih Dan Wangi!!

 

Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas

Ini Cara Simpan Perapan Daging Bakar Tahan Setahun

Masukkan daging yang dah diperap dalam plastik khas yang ada zip dan keluarkan angin dari dalam plastik dengan kaedah rendam dalam air panas. Dan tutup zip plastik.

Teknik Rendam Air Panas

√    Pastikan masa rendam plastik zip berisi daging bakar perap itu, air panas betul-betul panas dan zip plastik di buka sedikit.

√    Plastik itu akan jadi kedut-kedut . Kemudian, tekan-tekan untuk keluarkan udara.

√    Rendam dalam beberapa minit. Lama masa bergantung jenis plastik, tak perlu sampai 5 minit pun.

√    Bila udara dah keluar habis, cepat-cepat tutup zip sepenuhnya.

Nanti setahun pun daging akan tahan kalau tak dimasak.

  • Norsufia juga rajin berkongsi cara penyimpanan makanan, bahan mentah di dapur dalam perkongsian live di facebooknya.

 

Perapan Daging Bakar Tahan SETAHUN, Simpan Guna Teknik Rendam Air Panas

 

Ekstra! TIPS BASUH SAYUR

  1. AIR BERSIH
    Rendam sayur lebih kurang 30 minit dan basuh dengan air yang mengalir

2. GARAM
Campurkan garam dengan air, kemudian rendam selama 10-15 minit. Pastikan anda membilasnya dengan air mengalir sebelum memakannya.

3. KUNYIT
Rempah yang satu ini memiliki kandungan yang dapat membunuh kuman dan bakteria. Campurkan 5 sudu teh kunyit, kemudian cuci sayuran di dalamnya. Bilas dengan air mengalir.

4. CUKA
Caranya mudah, campurkan cuka ke dalam bekas yang berisi air & rendam sayuran, kemudian cuci dan bilas sayuran dengan air bersih,

5. BAKING SODA
Caranya cukup mudah, tambahkan 5 gelas air dan 4 sudu makan baking soda ke dalam bekas & rendam sayur selama 15 minit kemudian bilas dengan air mengalir.

JANGAN potong sayur untuk kekalkan khasiat.

Selepas cuci simpan sayur dalam bekas yang bersih.

BACA  5 Petua Mudah Buang angin Dalam Badan, Semua Dari Dapur Tak Perlu Habiskan Duit

Sumber/Foto : Norsufia Johari, LESS IS BETTER, STAY NATURAL, BE BEAUTIFUL

Apa Komen Sis