Cara Buat Kuah Laksa Buat Yang Malas Nak Perisi Ikan

Rasa sedap laksa ini bergantung kepada kuahnya, kalau tahu rahsia buat kuah mak-mak mesti rasa puas hati buat laksa sendiri.

Tetapi kali ini, mak-mak boleh buat laksa dalam masa yang singkat dengan rasa kuah yang sedap!

Haa… pastikan ada periuk noxxa dulu ya! Jimat masa tak payah perisi tulang dan isi satu-satu.

Bahan-Bahan Buat Laksa:

  • 1 peket laksa bihun beras cik Siti. Rendam semalaman.
  • 1 kg ikan sardin + kembung dibuang kepala dan ekor dan masukkan dalam periuk Noxxa HP selama 90 min
  • 10 ulas bawang merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • Segenggam cili kering dipotong-potong dan direbus
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2-3 keping asam gelugur/keping
  • Segenggam daun kesom
  • Sekuntum bunga kantan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ulam

  • Sebatang timun
  • Sebiji bawang besar Holland
  • Nenas
  • Telur Rebus
  • Cili Merah
  • Daun Pudina/Salad
  • *Semua ulam ini dipotong dan dihiris

Cara-Cara:

  1. Tapis dan celur laksa yang telah direndam tadi. Tapis sekali lagi.

Untuk Kuah Laksa

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2. Ikan Sardin + Kembung tadi dikeluarkan dari periuk Noxxa dan diblend sehingga hancur semua tulang-tulang.
3. Blend semua bahan-bahn bertanda *
4. Masukkan bahan-bahan blend dalam periuk dan tumis tanpa minyak sehingga naik bau.
5. Masukkan ikan-ikan yang telah diblend tadi ke dalam periuk.
6. Apabila telah mendidih, masukkan daun kesom dan bunga kantan. Tambah air sebanyak yang diperlukan.
7. Perasakan dengan gula, garam dan asam keping.

BACA  Ok Jugak Dato Aliff Syukri kongsi resepi Udang Galah Masak Special Tempoyak.

8. Masukkan laksa dalam pinggan, tuangkan kuah laksa dan hias dengan ulaman. Boleh ditambah petis udang jika suka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Khas Buat Anda Yang Suka Laksa beras:

  • 2cawan tepung beras.
  • 2sudu tepung gandum.
  • 2sudu tepung jagung.
  • Air panas baru lepas mendidih.

Gaul semua guna senduk kayu. Lepas tu masuk dlm acuan pulas dlm air mendidih. Biar terapung. Kemudian angkat masuk kan dlm air sejuk n tapis. Ok dh siap!

Video :

Sumber : mingguan Wanita

Apa Komen Sis