Gadis Ini Kongsi Resipi & Tip Buat Donut Pandan Wangi Gebu Yang Dibuat Niaga

Donut antara kuih kegemaran ramai baik dinikmati ketika sarapan pagi mahupun hidangan minum petang.Jika selalu mak-mak buat donut kosong je, apa kata kali ni cuba buat Donut Pandan Wangi Gebu ini.

Resipi donut ini dikongsikan oleh Nadirah Ismail yang digunakan untuk dibuat berniaga . Perisa pandannya semulajadi, dohnya pula lembut dan gebu.Paling penting caranya cukup mudah, tak perlu dicanai dan boleh bertahan sehingga 4 hari didalam peti sejuk.

Berikut perkongsian resipi tersebut;

“Saya nak kongsi resepi Donut Pandan yang Saya buat jualan Di Seri Manjung Perak.Tapi kena sabar dengan resepi doh saya ni.Resepi doh saya sangat lah lembik, tapi result dia,Pergh! 50pcs rilek je customer buat makan petang kat rumah”.

“Nak pesan lagi jangan share saje, tolong buat iya.Mesti Try & Error baru tau serasi ke idok resepi ni.Ini Resepi Cara saya.Resepi untuk uli guna Mixer je tau, kalau uli dengan tangan tak perlu guna air sejuk dan mesti kurangkan kuantiti air.”

Donut Pandan Asli

Bahan-Bahan:

  • 1 kilogram Tepung
  • 150gram Marjerin
  • 7 sudu besar Gula
  • 15 gram Garam
  • 2 biji Telur
  • 20 gram k.Fine Cream (boleh google)
  • 80 gram Susu Pekat
  • 7 sudu kecil Yis
  • 80 ml Air Suam
  • 430ml Air Daun Pandan (sejuk)
  • Sedikit Pewarna Hijau

Cara Membuat:

1.Bancuh Yis dengan air suam dan tunggu Sampai Berbuih.

2.Uli semua bahan tadi dengan Mixer guna bilah cangkuk. *Gunakan Air Pandan yang sangat sejuk.

3.Kemudian,frozenkan doh.
*Donut lebih besar dan sangat Lembut.
*Letak dalam plastik saiz 7×11 dan mesti ikat kalau tak habis doh merayap ‘memanjat’ dalam freezer.1 plastik separuh doh.
*Yis akan berhenti kembang bila beku jadi sementara nak beku tu dia masih kembang lagi tau tapi lambat.

BACA  Lima Penipuan Yang Selalu Dilakukan Oleh Kaum Lelaki Terhadap Pasangannya.

4.Nak guna keluarkan dari freezer.Saya tak canai doh tau sebab doh lembik.Jangan tunggu suhu bilik asal lembut boleh bentuk terus. Bila sejuk senang sikit nak bentuk sebab doh teksturnya jadi liat-liat macam plastesin hehe.

Apa yang saya buat;

Tumbuk Doh-Rehat-Bulatkan-Rehat-Lubangkan-Rehat

5.Goreng agak-agak suam, salut donut dengan gula caster.

Siap !

Info Ekstra!

*Doh tahan 4 hari saja.

*Donut yang tak cukup rehat akan lambat masak bahagian dalam.Bila buat lubang doh mengecut tu tanda tak cukup rehat.Kalau cukup rehat doh steady je lepas lubangkan.

*Cara goreng pun kena betul. Tak boleh balik-balikan selalu nanti Serap minyak.Letak donat terus balik biar perang balik sekali lagi. Tunggu perang angkat!Ni Tips penting, ingat ya DUA Kali balik saja.

Semoga bermanfaat!

Selamat Mencuba!

Jadi buat mak-mak yang nak sediakan hidangan minum petang buat keluarga tu bolehlah cuba resipi Donut Pandan Wangi Gebu Yang dikongsikan ini.

video cara lain buat donut pandan :

Sumber: Nadirah Ismail

Apa Komen Sis