40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya

Bermula dari kiraan 40 hari, anak syurga Nur Syifa Zara, 5 berkongsi tanda pemergian dengan ibunya, Saneeha Sulaiman (Umi Zara)

Sungguh hati ibu mahu menidakkan, namun setiap tanda itu cukup kuat untuk dia akur dan redha, Allah sudah mahu memanggil anaknya pulang. Sejak itu istighfarnya melekat dalam hati.

Anak kecil ini disahkan menghidap penyakit Aplastik Anemia, iaitu sejenis penyakit sum-sum tulang yang tidak berfungsi untuk menghasilkan darah sendiri.

Pertarungan nyawa anak kecil ini sudah berakhir, namun kenangan 40 hari buat ibu sepanjang menemani saat-saat akhir anak angkatnya ini sukar dipadamkan.

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya

 

Tanda Pertama 40 Hari

Bermula lah kiraan 40 hari menghadapi pemergiannya.

Selepas asar, antara asar dan maghrib dia beritahu saya sakit pusat macam di cucuk jarum. Tiga hari berturut-turut dia alaminya.”

Masa dia beritahu sakit pusat itu di wad. Lepas seminggu keluar wad, dia cakap pada semua nurse yang dia akan balik kampung.

Selepas itu, setiap hari menjelang senja dia beritahu nak balik dah. Walau pun masa tu kat rumah dah. Bukan kat wad.

Sejak itu, saya faham maksud dia.”

Setiap hari dia akan kata macam ni, “Ara dah nak pergi ni Umi.” Bila duduk diam-diam je, ayat ini akan keluar.

Katanya dia akan pergi main taman dengan kawan-kawan. Saya dan abah serta adik tak boleh ikut.

Perkataan ini dia ulang dari 30 hari sebelum dia pergi sehinggalah 2 malam terakhir, dia tetap katakan yang sama.

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya

 

15 Hari Sebelum Arwah Pergi

Kami balik kampung, mak mentua meninggal. Waktu di bus stop, masa nak balik KL. Dia tanya saya, “Umi, pakcik tu ikut kita lama dah. Sampai kita balik sini pun dia ikut.”

BACA  6 Hospital Kerajaan Terbaik untuk Ibu Hamil

Masa itu senja selepas asar.

Dia tunjuk ke satu arah surau dekat terminal bas tu. Tapi saya tak nampak siapa pun.

Sehingga dia dimasukkan semula ke wad pada 12/12/2018, dia masih cakap pakcik sama ikut dia. Nanti akan bawa dia pi taman.

Saya faham, saya cuba istighfar dan redha.”

Tanda itu terus ditunjukkan di wad itu. Masa itu, dia demam. Setiap lepas asar, dia mesti suruh buka langsir. Katanya, ada abang hijau.

Setiap tiga petang berturut-turut.

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya

 

7 Hari Terakhir

Selepas asar, permintaannya masih sama. Saya kena buka langsir tingkap. Katanya, abang putih datang melawat dia.

Iaitu seminggu masa dia tengah tenat.

Siang dia banyak tidur, malamnya dia akan kejutkan saya, minta saya berselawat untuknya sampai pagi. Katanya hilang kan sakit dia.

Sejak itu, bila dia sakit dia suruh saya berselawat untuknya.

Sambil itu dia akan cerita kisah taman-taman dia; taman salji, taman bola, taman mainan dan banyak kawan.

Dia juga pujuk saya, “Umi jangan risau, Ara ramai kawan kat sana.” Ayatnya masih juga sama, “Umi tak boleh ikut. Ara pi dengan kawan-kawan je.”

Waktu itu, saya dapat hidu wangi je rambut dia. Mulut dia.. Ya Allah.. sungguh wangi. Sedangkan dah seminggu dia tak mandi.

Seminggu sebelum dia pergi, dia dah beritahu saya yang dia akan balik. Minta saya jangan menangis.

Sayunya bila dia kata, “Nanti dah tak payah datang hospital lagi, tak payah jumpa nurse lagi, tak payah buat grab lagi. Sebab Ara dah nak pergi.”

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya
Dua malam terakhir. Lena dalam dakapan umi selawat sampai pagi. Ni la lagu kegemarannya dapat hilang sakit katanya. Dapat tidur lena.

 

Permintaan 2 Hari Terakhir

Dia minta saya bersihkan badan dia. Bersihkan semua pelekat hospital yang ada sisa getah gam sambil dia merungut. Dia pegang dada dekat bekas operation tu.

BACA  Ummu Sibyan- Jin Sawan Tangis

Macam mana Ara nak pergi ni. Dah rosak semua. Dah tak cantik dah.”

Abah dia jawab, “Ara anakku. sayang kat sana nanti, Ara akan tetap cantik. Semua ini akan hilang sayang.”

Baru dia tersenyum. “Ya Allah, manisnya senyuman dia masa itu. Seri muka dia.. bau badan dia.” Tapi kami berdua berpelukan menangis semahunya.

Sebab kami tahu waktu itu akan tiba.

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya

 

Hari Jumaat Terakhir, Hari Raya Untuk Nur Syifa

Nur Syifa menghembuskan nafas terakhir di hospital pada malam Jumaat, 28 Disember 2018. Malam itu, ibunya terus membawa jenazahnya pulang, kerana sebelum pemergian arwah pernah beritahu, “Sebelum pergi taman Ara nak balik rumah dulu. Nak tukar baju dulu… Ya, baju putih untukmu sayang.”

Dia juga beritahu yang Hari Jumaat Hari Raya dia. “Umi buatlah kenduri hari Jumaat tu. Umi buatkan kuih. Kenduri tu cuma untuk abang-abang (lelaki) saja.”

Ya, memang hari Jumaat tu Hari Raya dia. Dia dikebumikan pagi Jumaat dan memang hari tu pada solat Jumaat buat kenduri.”

Persiapan kenduri itu, saya dan kawan-kawan dah sediakan pada hari Rabu lagi. Kawan dah tempah kuih semua. Sebab Selasa malam Rabu, dia dah beritahu dia akan pergi malam Jumaat tu.

 

40 Hari Ibu Ini Istighfar, Redha Anak Beri Tanda Akan Pergi Buat Selamanya
Penggubat rindu dengan arnab kakak. Tu bantal busuk arwah. Masa hayat nya dia tak pernah tinggalkan arnab tu.
Sekarang itu je adik dok peluk.

 

Suami Berhenti Kerja, Mahu Hargai Sisa Masa Yang Ada

Hari Rabu itulah suami balik rumah siapkan apa yang patut. Ambil kain batik tak jahit dan sebagainya. Sebab dia beritahu setiap suatu perjalanan dia, senang untuk kami sediakan.

Hati tak payah nak cakap.. selama 40 hari saya menangis. 40 hari itu saya berendam air mata. Saya cuba redha dan rela.

BACA  Inilah 10 Tips Psikologi Untuk Kenalpasti Seseorang Sedang Bercakap Jujur Atau Bohong

Dalam tempon itu, kami tak pernah berenggang lagi. Sampai suami berhenti kerja mahu hargai masa yang ada dengannya.

Kami nak bersama dengannya hingga hembusan nafas yang terakhir. Setiap saat amat berharga buat kami.

Hampir 2 bulan suaminya berhenti kerja. “Ni baru nak mula balik. Ini permulaan yang baru buat kami. Sedih hanya Allah je yang tahu. Macam mana pun saya kena kuat. Kesian kat adik.”

Kata Umi, buat masa ini dia masih belum bekerja. “Saya akan cari kerja nanti. Nak kumpul duit, siapkan kubur arwah. InsyaAllah kami nak letak rumpur dan tulis nama je. Bukan buat binaan kekal.”

Doakan kami murah rezeki ya.”

Mana yang bantu kami dulu, saya ucapkan jutaan terima kasih pada semua. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Minta ampun, minta halalkan. Yang terlebih, terkurang daripada kami.”

Ujarnya sesiapa yang mahu menghubunginya dipersilakan berbuat demikian. “InsyaAllah saya jawab je panggilan. Mungkin ada yang nak bertanya khabar kami, atau nak berkongsi pengalaman, atau nak bagi kami semangat. Boleh whatsapp atau call saya.”

Saya masih Umi yang dulu yang sentiasa terima whatsapp dan call dari sesiapa pun. Cuma bezanya saya tak sekuat dulu. Masih lemah semangat, lagi cuba bangkit dari sisa-sisa kenangan.”

 

MW : Al Fatihah buat bidadari syurga Nur Syifa Zara, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Mingguan Wanita

Apa Komen Sis