Buat Perangkap Tikut Elektrik Guna Raket Antinyamuk…

Tikus adalah haiwan perosak yang sangat senang membiak tanpa disedari. Mereka bersembunyi dikawasan rumah yang sukar untuk diselenggara. Kehadiran mereka kadang-kadang tanpa disedari oleh tuan rumah, mereka hanya keluar apabila tuan rumah telah tidur dibuai mimpi.

Ini cara membuat perangkap elektrik untuk membunuh tikus berkenaan selain menggunakan racun atau perangkap getah.

Bahan-bahan :

  1. Jaring Besi 
  2. Raket antinyamuk
  3. Gam 
  4. Kotak 

Cara-caranya :

Lekatkan jaring nesi pada kertas kotak. 

Lekatkan jaring besi yang tinggi sedikit untuk menghalang tikus daripada lari apabila terkena renjatan. Gamkan dibahagian bawah jaring tersebut supaya tidak mudah bergerak.

Buka Raket antinyamuk dan keluarkan papan elektronik berserta bateri .

 

Sambungkan wire kepada jaring besi tersebut. Pastikan bateri dikeluarkan semasa proses penyambungan tersebut. 

Kemaskan papan elektronik pada bahagian tepi perangkap 

Pasang bateri dan onkan suis , boleh cuba dulu sama ada ada aliran elekrtik atau tidak.

Jangan cuba menggunakan tangan, guna objek lain yang mempunyai penebat.

Letakkan ditempat yang tikus selalu lalu lalang. Taburkan apa-apa makanan yang boleh menarik minat tikus untuk keluar dari tempat persembunyian.

pastikan diletakkan dikawasan yang jauh daripada kanak-kanak untuk mngelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Tonton video penuh dibawah

Video :

Sumber : Facebook Khasiat dan Petua Olahan ViWanita

 

Apa Komen Sis
BACA  Inginkan Tandas Anda Sentiasa Bersih Dan Bau Harum? Ikut Tips Ini, Mudah dan Berkesan

1 Trackback / Pingback

  1. Buat Perangkap Tikut Elektrik Guna Raket Antinyamuk… – VIWANITA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*