Cara ‘Sempoi’ Nak Pikat Hati Mak Mertua Supaya Anda Jadi Menantu Kesayangan

“Orang cakap bila ada mak mertua ni kena jaga-jaga, takut nanti terlampau cerewet dan mengongkong. Betul ke?”

Pertama kali untuk berhadapan dengan ibu mertua merupakan antara pengalaman yang ngeri khususnya buat menantu perempuan. Mungkin ada yang pernah saling mengenali sebelum majlis perkahwinan namun semuanya akan berbeza sebaik majlis sudah selesai. Kalau ada ibu mertua yang garang atau cerewet, macam mana nak ambil hati mereka?

Buat anda yang selalu terfikir bagaimana cara untuk menambat hati ibu mertua dari hari pertama bergelar menantu, wanita ini ada kongsikan beberapa tips penting untuk anda ‘master’.

MACAM MANA NAK AMBIL HATI MAK MERTUA?

Pertama sekali yang anda perlu tahu adalah untuk menjaga hati mertua jika anda tinggal bersama mereka. Mungkin ada dalam kalangan anda yang akan tinggal bersama mertua dari tinggal secara sendiri pada awal perkahwinan. Disinilah anda perlu mengawal tingkah laku dan juga bergaul bersama keluarga ipar.

JANGAN MALAS MEMBANTU TERUTAMANYA HAL MEMASAK

Rutin memasak merupakan antara yang digeruni oleh menantu. Mana tidaknya bukan semua wanita mahir dalam memasak kan? Jangan risau jika anda merupakan seorang yang tidak mahir untuk memasak, membantu apa yang patut sudah memadai untuk menyejukkan hati si ibu mertua.

JANGAN SUKA JADI BATU API

Apabila berlaku sesuatu masalah, amat penting untuk anda sebagai si isteri atau menantu untuk tidak menjadi batu api dalam perhubungan keluarga mertua. Yang paling penting adalah apa sahaja mengenai hubungan anda dengan pasangan amat tidak digalakkan untuk ‘mengupdate’ di laman media sosial.

*Jangan lupa untuk selalu memuji ibu dan ayag mertua tu. Mesti muka mereka sentiasa berseri-seri dan anda pun akan jadi menantu kesayangan.

BACA  Sebenarnya 7 Gejala Ini Dapat Dirasai Sebulan Sebelum Serangan Jantung Datang.! Sebarkan Supaya Ramai Tahu Dan Berwaspada!…

Sumber : nurhaniniriani via Sirap Limau

Apa Komen Sis

1 Trackback / Pingback

  1. Cara 'Sempoi' Nak Pikat Hati Mak Mertua Supaya Anda Jadi Menantu Kesayangan – VIWANITA

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*