Nak Karpet Sentiasa Cantik & Nampak Baru, Wanita Ini Kongsikan Caranya. Guna 3 Bahan Sahaja

Memang nampak cantik bila ruang tamu misalnya di hiasi karpet. Kemas, menarik dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.

Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.

Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan.

Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak. Caranya adalah dengan mop sahaja. Yang tak biasa buat pasti rasa janggal, tapi rupanya cara ini lebih menjimatkan. Hanya menggunakan mop,garam dan juga dettol!

Perkongsian dari Syarifah Farhana Syed Fadzil boleh membantu anda bagaimana nak mop karpet.

TIP MOP KARPET (bukan lantai tau)

Sapa yang pernah mop karpet?kelakar kan mop karpet?fana tau karpet boleh mop dari sorang pembantu nie, bila dia mop karpet, fana tanye dia(karpet boleh mop ya?)iya boleh la puan kasi habuk nya keluar, biasa lepas vakum pasti ada habuk dan kuman☺)

So dari situ fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oiiii macam nak tercabut jantung kak pana.tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih gilerrzzzz😍bebas kuman parasit bagai.

“Caranya, korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke whatever la, fana masak dalam periuk besar pasal tak ada cerek, almaklom la kitewww pakai coway.korang masak agak agak banyak nya tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.

“Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik  ye air mendidih tu kang tak pasal korang saman fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol.

“Pastu korang perah mop tu sekuat jangan sampai ada air menitik.

P/s: time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit di karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang.

*Kalau dapat beli la mop baru yang putih gebu gebazzz khas untuk karpet sahaja, fana beli kat Eco jek rm4.kalau dapat la kan jangan campur mop yang kita dok mop lantai ye.

BACA  Anda Rajin Mengemas Tapi Masih Ada Lipas Di Rumah? Cuba 8 Tip Penyelesaian Ni

Selain mop, ibu-ibu yang nak memastikan karpet bersih dan bebas habuk kena cuba tip yang diberikan ini.

Langkah-langkahnya:

1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.

2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.

3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.

4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.

5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.

6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campuran air secukupnya kemudian cuci.

7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.

8. Bagi karpet baru, pastikan tempat dan karpet  benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.

9. Karpet yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.

Sumber: kELUARGA

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Like Page Kami Juga Di Facebook @ViWanita

BACA  Tip Dapatkan Anak Lelaki Atau Perempuan Mengikut Dr Hamid

 

Apa Komen Sis