Anak merengek mahu ibu. Ayah pakai niqab untuk pujuk susukan anak.

Bukan mudah nak menjadi ibu dan ayah ni, lagi-lagi ketika anak masih kecil banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Bayangkan kalau anak pula jenis ‘melekat’dengan ibu, memang susahlah si ibu kalau nak menjalankan kerja lain..alamak susah kalau macam tu.

Namun perkara itu terpaksa dilalui seorang bapa kepada enam orang anak apabila dia ‘terpaksa’ menyamar menjadi isterinya bagi memastikan anak kecilnya berhenti menangis. Pemilik facebook Farizah Jaafar dalam postingnya di facebook berkata, si bapa telah mati akal untuk menyenyapkan anak kecilnya, Haqq yang merengek mahukan ibunya.

So, disebabkan Farizah merupakan seorang yang berniqap maka suaminya mengambil keputusan untuk memakai niqab isterinya dan menyusukan anak mereka, ternyata helah tersebut menjadi apabila si bongsu senyap dan ‘menyonyot’ botol susu yang diberikan suaminya itu.

Bila mak kau busy dgn order, haqq pulak merengek nk ibu. Sekali bapak kau dtg..terus senyap. Mata haqq pun tengok mcm pelik, mcm ser@m . Selalu kalau ibu pakai niqab sembang dgn haqq, haqq mesti senyum. Tp kali ni bulat mata dia.”- Iklan –

Katanya pada ketika itu dia terfikir, sekiranya suaminya bersuara hatta batuk sekalipun pasti anak kecil itu tau yang berniqab tersebut bukan ibunya yang sebenar. “Ini klu bapak kau batuk Confrm kantoi. Mcm2 pujuk x jln. Nie jalan terakhir abi kau memujuk nak. senang keje mak lepas nih. Asal merengek nk ibu..abi sarung niqab, haqq pun senyap”

Katanya mereka mempunyai 5 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki, selepas 9 tahun barulah dapat yang si baby, sebab tu ‘melekat’ lain macam dengan ibunya..patutlah, jarak anaknya jauh, memang manja la. “Kami anak 5 Perempuan, 1 lelaki. 9thn baru dpt yg si baby. Harus la manje nak merap ngn mak , sampai abi pun terpaksa olok2 jadi mak”

BACA  Pakaian Bundle : Wajibkah Dibasuh Terlebih Dulu?

Farizah menjelaskan dia ketika itu sedang sibuk menyiapkan order kek, sebab tu suaminya terpaksa menyamar dengan memakai niqab, supaya anak lelakinya senyap.Lagipun Haqq agak susah dilayan oleh orang lain. “ni hanya jln terakhir je usaha bapak nye haqq nak kasi dia diam. Puas pujuk..kang klu tak ibu x leh buat keje nak oii. Mujur bapak boleh olok2 jadik mak.”

So tak lama lepas Farizah muat naik gambar suaminya berniqab, postingnya terus viral dan dibanjiri dengan komen-komen netizen yang kelakar melihat aksi ‘ninja’ suaminya itu. Kadang-kadang kami yang lelaki ni terpaksa berkorban demi keluarga yang tersayang, sekali sekali undercover untuk anak ape salahnya kan?hahah

Sumber: empiremedia network

Apa kata anda, jom like facebook kami @ViWanita

Apa Komen Sis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*