‘Tiap Hari Tak Lunch. Aku Ingat Ganti Puasa…’ – Kisah Derita Ibu Tunggal Mualaf Buat Netizen Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan. Setiap orang pastinya diuji dengan cara tersendiri sesuai dengan kemampuan masing-masing. Penderitaan yang ditanggung seorang wanita mualaf seperti diceritakan seorang netizen cukup membuatkan ramai yang tersentuh.

Tambah mengharukan, netizen di Twitter sepakat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban wanita itu menghadapi ujian dari-Nya.

Kisah  diceritakan di media sosial itu bermula apabila wanita berkenaan bekerja di bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat. Wanita berkenaan seorang ibu tunggal dua anak dan merupakan seorang mualaf. Apa yang menghairankan adalah, wanita berkenaan tidak pernah dilihat makan tengah hari.

Apabila ditanyakan, rupa-rupanya dia terpaksa ikat perut untuk menampung tambang bas dan duit makan bagi anak-anaknya.

Daripada perbualan Whatsapp yang dikirimkan kepada bekas rakan sekerjanya itu, wanita mualaf berkenaan mendedahkan dia anak-beranak perlu makan di luar kerana ibunya tidak membenarkan dia memasak di rumah melainkan dia kembali kepada agama asal.

Malahan dia tidak putus-putus berterima kasih kepada pengguna media sosial yang prihatin dan membantunya meringankan beban ditanggung.

Sumber: Ninichan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : Sumber

Apa Komen Sis
BACA  Tanpa sengaja, suami menjemput syaitan ke rumah,akibatnya isteri bertukar ganas dan kurang ajar